Thursday, March 13, 2008

fakta ajaib tentang air


hari ini, berapa liter air yg telah anda minum? tak perasan? eh! jgn la mcm tuh... kita kena pastikan badan kita mendapat air yg cukup... mcm mana nk tau cukup ke tidak air yg di minum? lu pikir la sendirik!!! (amik dr nabil raja lawak)

fyi, kira2 80% tubuh manusia terdiri drp air... malah, terdapat beberapa bahagian dlm tubuh yg mengandungi kadar air lebih drp 80%... iaitu OTAK & DARAH...

otak mengandungi kira2 90% komponen air manakala darah 95%... sbb itulah kita disyorkan supaya minum air sekurang2 nya 2 liter @ 8 gelas sehari...

apakah kesan terhadap tubuh sekiranya anda mengambil air kurang dr 2 liter sehari??? let see...

darah memerlukan air utk mengimbangkan molekul2 nya (yg kata ada darah cair & darah pekat tuh..)bila kurang air, maka darah akan menjadi kental & pekat.. maka perjalanan darah pn akan terjejas... apabila darah ini melalui buah pinggang (buah pinggang berfungsi utk menyaring racun dr darah), ia akan melalui penapis yg sgt halus dlm buah pinggang... jika darah kita pekat, ia boleh menyebabkan penapis tadi bocor... bila bocor, anda akan melihat air kencing anda kotor & berwarna... bila air kencing kotor, doktor akan meminta anda minum air banyak2, betul tak? lg satu, ia mencegah anda drp batu karang...

apabila keadaan ini (minum air kurang) berterusan, maka tidak mustahil akan berlakunya kegagalan buah pinggang... maka terpaksalah anda semua menghabiskan wang hengget & masa utk buat haemodylisis...

ok... mari kita lihat kesan kepada otak kita sekiranya air dlm badan kurang.... bila darah menjadi pekat, maka perjalanan ke otak semestinya terganggu... darah ini akan lambat sampai ke otak sedangkan sel2 otak ketika itu memerlukan darah utk mendapatkan oksigen & makanan bg membolehkan otak iteww berfungsi.. ate nye, bila lmbt sampai, mati cepat le sel2 otak td... lebih teruk lg sekiranya anda penghidap sakit jantung... keadaan darah yg kental & pekat mungkin akan mengakibatkan anda diserang stroke...

jadi, minum la air sekurang2 nya 2 liter sehari terutamanya jika anda ingin menurunkan berat badan... hey!! air penting tau utk menyingkirkan lemak... sebenarnya air juga membantu proses metabolisma dlm badan untuk menukarkan lemak kpd tenaga.. jika kurang air, maka ia melambatkan pembakaran lemak... jd, makin lmbt la proses penurunan berat badan...

air juga penting dlm proses pencernaan... proses pencernaan akan terganggu jika anda tidak dapat menyerap segala zat, vitamin & mineral dr makanan.. apabila badan tidak cukup nutrisi yg diperlukan, tubuh akan memberi 'signal' ke otak bahawa ia tidak cukup nutrisi & perlukan makanan utk menambah nutrisi... apalagi, otak akan hantar signal LAPAR & kita pn mkn dgn banyaknya... dgn minum air yg banyak, kita dpt mengekang rasa lapar seterusnya dapat menurunkan berat badan...


0 comments: